Saturday, October 30, 2010

e" Camno -Cara Mencuci dan Menghilangkan Bau Peti Ais

 Hilangkan Bau Dalam Peti Ais




Sekarang peti ais adalah satu keperluan untuk setiap rumah. Telah menjadi satu kebiasaan sekarang surirumah, malah yang hampir semua isi rumah yang bekerja. Membeli keperluan dapur, bahan makanan mentah, sudah masak, sejuk beku hanya dilakukan sekali seminggu.Maka peti ais menjadi kemestian buat menyimpan bahan2 makanan tersebut. Masa yang terhad untuk pergi pasar juga membeli bahan makanan menjadikan peti ais satu kemestian dalam setiap rumah.

Maka kadang kala, ada bahan2 makanan yang luput masa kegunaannya, maka mula reput dan mengeluarkan bau yang kurang enak walaupun disimpan dalam peti ais. Ada juga bahan makanan yang mengeluarkan bau yang kuat secara alaminya, seperti belacan, budu,ikan jeruk masin,durian dan sebagainya.
Cara2 membersih dan menyah bau peti ais.


  • Sebaik2nya peti ais hendaklah dibersihkan setiap minggu, terutamanya bila hendak menyimpan bahan makanan yang baru dibeli.
  • Atau sekurang2nya 1 bulan satu kali.
  • Tentukan, bahan yang hampir luput tarikh pakainya digunakan dahulu.
  • Bahan2 makanan yang mula mereput, mestilah diasingkan.
  • Bahan/stok makanan disimpang pada ruang yang telah ditentukan tempatnya. Seperti ruang sayuran untuk sayuran segar. Ruang beku, untuk daging,ayam,makanan laut dan bahan makanan sejuk beku yang lain. Begitu juga dengan bahan makanan serta minuman disimpan pada ruang yang disediakan. Malah hampir semua peti ais melabelkan tempat simpan untuk pelbagai bahan makanan.
  • Membersihkan Peti Ais
  1. Keluarkan semua bahan2 makanan;
  2. D - Frostkan ruang sejuk beku:( Tetapi sekarang hampir semua peti ais tak perlu fungsi ini lagi)
  3. Campurkan air suam dengan sesudu cuka makan juga sedikit garam,juga sedikit cecair pencuci pinggan mangkuk. 
  4. Selain ruang beku, lap dan bersihkan semua ruang simpanan dengan bahan campuran diatas.
  5. Setelah itu bilas dengan kain basah dan seterusnya lap sehingga kering.
  6. Barulah selepas itu disusun -simpan bahan2 makanan diruang yang telah ditentukan kegunaannya.
  •  Menyah bau dalam peti Ais.
 Sekarang banyak terdapat, freshner atau penyegar peti ais yang boleh dibeli dipasararaya atau kedai2. Tetapi harganya agak mahal. Secara mudahnya dan tak membazir kita boleh gunakan bahan semula jadi atau alami yang lain. Kayu arang adalah satu sumber mudah sebagai penyerap atau bahan menyah bau dalam peti ais.
  1. Ambil seketul kayu arang (kayu bakau/buluh) berukurang 4 inchi panjang.
  2. Basahkan secebis kain kapas(cotton) atau kain net.
  3. Bungkuskan arang  dengan kain yang telah disediakan tadi.
  4. Letakan disalah satu sudut didalam peti ais.
  5. Hendaklah ditukar kayu arang 3 bulan sekali.
Insya'Allah peti ais tidak akan berbau.

Sunday, October 24, 2010

e'camno - Cuci Cermin

Camno mengilap cermin dengan air campuran cuka.
oleh: e'camno
Cuka adalah satu cecair yang banyak gunanya, selain untuk perasa dalam memasak ada ratusan kegunaan lain. Malah paling baik untuk alam sekitar bagi cuka yang dibuat dari bahan organik, seperti nenas, apel dan sebagainya. Cuka selain harganya yang ekonomik amat berkesan membersih dan mengilap kilat cermin.
Tak payah membuang duit memberi bahan 'glass cleaner' yang mahal dan kadang kala mencemar alam sekitar jika bahan asasnya adalah kimia.
Tahap Mengunakan: Campuran cuka & air sememangnya satu adunan paling mudah.
Apa yang anda perlukan:
Cuka Makan
Botol Penyembur terpakai boleh guna
Kain mengilap
Kertas surat khabar lama
Cara2 Nya:
    1. Mencuci cermin tingkap:
Isikan botol penyembur 30% cuka dan selebihnya dengan air-bersih jika hendak berbau wangi, perahkan limau kasturi atau limau nipis. Goncang hingga campuran sebati. Sembur keatas cermin tingkap,biarkan seketika supaya campuran pencuci mencairkan segala kekotoran yang melekat. Gosok dengan kain. Sesudah kelihatan bersih,ambil suratkhabar yang digumpal dan gilapkan permukaan yang telah dicuci itu hingga betul2 kering. Tingkap anda pasti berkilat dan telus penglihatan.
    2.Mencuci Cermin Muka:
 Isikan botol dengan cuka putih organik, terus sembur dipermukaan, gosok dengan kain kemudian gilap dengan gumpalan surat khabar lama. Pasti berkilat kembali.

BUAT SENDIRI SAHAJA

Assallamu'alaikum,
Kepada semua yang sudi singgah di -blog saya ini,terima kasih banyak2 lah. Saya terasa terpanggil untuk membuat sesuatu diusia yang agak senior ini. Lebih2 lagi memandangkan ada rezeki masa yang dikurniakan tuhan agar dapat memberi manfa'at kepada semua. Ketika ini, cara hidup atau 'lifestyle' generasi muda malah yang berumur semakin mencabar, hampir semua keperluan baik dari segi kos sara hidup,perkhidmatan dan sebagainya memerlukan perbelanjaan atau perkhidmatan yang diberi memerlukan upah. Upah yang kadang kala luar kemampuan malah ada yang tak masuk akal harganya.
Saya mengambil inisiatif ini agar dapat kita bersama, mengunakan kaedah atau cara apabila berlaku sesuatu dirumah atau ditempat kerja tak perlulah kita memanggil orang lain untuk membaiki, mengganti atau membuatnya. Buat sendiri sahaja. Jadi jimat wang dan kurang kos meyelenggara.
Jadi saya namakan blog saya ini  "e'camno"  atau e' macam mana?
Saya akan cuba sedaya upaya dari pengalaman dan ilmu yang sedikit juga dengan petua2 yang ada dalam mengisi ruang blog yang saya rasa rugi jika tidak dimanfa'atkan.